Monday, 25 November 2013
Agent Public Gold Pasir Gudang,Johor
Ada ke agent Public Gold di Pasir Gudang?
Boleh percaya ke nanti, tak kene tipu ker?
Usah bimbang, insyaAllah agent-agent Public Gold boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti dalam membantu anda memulakan dan menyimpan emas.
Jika anda perlukan nasihat dan bimbingan dalam simpanan emas anda, boleh hubungi saya di 012 726 1779, InsyaAllah saya akan bimbing anda untuk memiliki emas dengan harga dan susut nilai yang rendah.
Untuk anda yang berada di sekitar Pasir Gudang dan Seri Alam, penghantaran emas adalah percuma!
Saturday, 2 November 2013
Menjual kembali emas Public Gold
Kalau saya tiada duit, saya nak jual di mana emas PG ni? Dekat kedai emas saja yea? Inilah soalan dan kebimbangan yang sering diutarakan oleh pelanggan saya. Sebenarnya tidak perlu takut dimana untuk dijual kembali emas PG!Kerana ianya adalah EMAS dan diterima dimana-mana hatta seluruh dunia sekalipun. Berbanding dengan wang ringgit, kalau dunia mengalami kemeleseta wang ringgit sudah tidak bernilai, tetapi EMAS masih bernilai dan diterima dimana-mana.
Soalan : Kepada siapa saya harus menjual kembali emas PG?
Seelok-eloknya jual kembali kepada Dealer PG ataupun ke pejabat PG yang berhampiran. Pasti berlumba-lumba Dealer PG untuk menawarkan perkhidmatan pembelian semula. Berikut adalah senarai cawangan PG diseluruh Malaysia. Atau hubungi saya terus di 012 7261779 dan saya akan beli semula emas PG anda!
Soalan : Harga jual balik semula macam mana tu?
Sama ada Dealer PG mahupun cawangan PG akan membeli balik emas PG mengikut harga semasa PG Buy.
Contohnya : masa beli pada 1/6/2013 harga goldbar 500grm rm83834 (lihat PG Sell) dan pada 2.6.2013 saya menjual kembali dan PG membeli kembali pada harga rm83849(lihat PG Buy).Telus bukan?belian dan jualan akan mengikut harga sistem PG(24Jam)
Apa yang anda perlu buat hanya hubungi saya atau pejabat PG yang berhampiran anda
Thursday, 31 October 2013
Produk Public Gold

Monday, 21 October 2013
Celik Emas
"Nanti kakak pun nak kumpul emas macam ibu dan ayah...Emas bagus kan ibu"
Hehehe..terkejut saya dan suami, tak sangka dalam sibuk bermain-main bersama adik-adiknya dia masih ingat tentang kebaikan emas dan yang pastinya dia sudah pun celik emas walaupun umurnya baru 7 thun! Walaupun ianya hanya berasal dari tanah liat dan berwarna pink, namun dia tetap kreatif dan berhasrat untuk menukar gold bar tanah liat itu menjadi GOLD BAR sebenar.
Bayangkan anak sekecil itu juga tahu akan nilai dan kepentingan emas, ini kan pula kita yang sudah
dewasa.
Ayuh mulakan simpanan emas fizikal anda untuk masa depan anak-anak, insyaAllah, ianya boleh digunakan apabila mereka berjaya memasuki ke universiti kelak. Maka tak perlulah kita bergolok bergadai seperti mana orang-orang tua kita yang terdahulu, dimana terpaksa meminjam malah ada yang menggadai tanah semata-mata nak membayar yuran pengajian di universiti. Bukanlar saya nak menyalahkan mereka, tetapi saya nak semua ibu bapa sedar betapa pentingnya simpanan Emas dan kebaikannya untuk masa hadapan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jika simpan duit, nilainya akan menyusut di masa hadapan, namun tidak dengan emas, nilainya makin meningkat di masa hadapan. Menyimpan lar dengan bijak untuk masa depan keluarga anda.
Buktinya telah nyata, hanya kita perlu memulakan langkah pertama dengan memiliki hatta sekeping gold bar bernilai 1grm atau Dinar 1 yang hanya bernilai RM605(harga setakat hari ini-22/10/2013)
P/s : 1grm Emas pd tahun 2000-2001 hanya RM38, tapi kini ianya sudah bernilai RM140-150(setakat hari ini 22-10-2013), iaitu peningkatan 294.7% untuk 12tahun yang lepas atau puratanya 24% kenaikan untuk setahun.
Hubungi saya di 012 726 1779 untuk memulakan simpanan emas anda.
Sunday, 20 October 2013
Ar Rahnu di KPMNJ Johor Bahru
Tapi hari ini saya lebih gemar untuk bercerita Ar Rahnu di KPMNJ. Teringat saya ada satu peristiwa di mana ada seorang pelanggan memarahi pekerja Ar Rahnu KPMNJ kerana beliau terpaksa membayar upah simpan sebanyak rm180(kalau tak silap saya). Pada asalnya, pelanggan tersebut hendak menukar surat baru, jadi kenalar pekerja KPMNJ mengira semula nilai marhum emas yang berada di KMPNJ dengan mengikut harga semasa emas pada hari tersebut. Namun salah faham akan konsep tukar surat baru menyebabkan pelanggan tersebut naik angin walaupun telah di terangkan dengan lebih detail.
Nasihat saya, fahami sesuatu perkara sebelum kita melakukannya supaya kita faham apa akibatnya dikemudian hari. Jadi hari ini saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana kiraaan untuk tukar semula surat Ar Rahnu di KPMNJ.
Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Jatuh
Pinjaman Pertama(a)
Katalar pada 1/2/2013 kita ar rahnukan 5 keping dinar 1 dan nilai marhumnya adalah rm650/dinar 1
Total nilai marhun untuk 5keping dinar 1 adalah RM3250
65% nilai pinjaman yang akan diperolehi untuk 5 keping dinar adalah RM3250*65% = RM2110
0.75% upah simpan daripada nilai Marhum = RM3250*0.75% = RM24.38/bulan
(upah simpan akan dikira berdasarkan nilai marhum bukan nilai pinjaman)
Tempoh simpanan adalah 6+2bulan, oleh itu :-
Kadar upah simpan untuk 6 bulan = RM24.38*6 = RM146.28
Kadar upah simpan untuk 2 bulan(tambahan) = RM24.38*2 = RM48.76
Oleh itu jumlah upah simpanan untuk 8 bulan adalah RM 146.28+RM48.76 = RM195.04
Setelah itu Emas/Dinar tersebut akan di nilai semula mengikut harga semasa.
Pinjaman Kedua(b)
Jika sewaktu kita menukar surat baru tersebut harga emas jatuh, contohnya harga dinar 1 adalah rm600 maka:-
65% nilai pinjaman yang dinilai semula telah menurun kepada rm390/sekeping dinar
Jadi dalam kes ini nilai pinjaman yang baru telah menurun kepada rm1950
Oleh itu kita harus membayar perbezaan antara pinjaman pertama(a) dengan pinjaman kedua(b)
rm2110-rm1950 = rm160
Untuk menukar surat yang baru maka jumlah yang harus dia bayar adalah:-
Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua
RM195.04 + RM160 = RM355.04
Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Naik
Jika harga emas naik sewaktu tamat tempoh dan sewaktu hendak menukar surat, formulanya masih sama iaitu :-
Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua
Jika nilai emas meningkat kepada RM700/dinar 1, maka:-
Nilai Marhumnya adalah RM3500
65% nilai pinjaman yang bakal diperolehi :RM2275
Oleh itu, anda hanya perlu membayar upah simpan selama 8 bulan sahaja iaitu RM195.04 dan anda boleh mendapat lebihan pinjaman. Namun harus di ingat, lebihan pinjaman bermaksud lebihan upah simpan untuk pinjaman ke dua anda kerana upah simpan akan dikira berdasarkan Nilai Marhum anda bukan berdasarkan NILAI PINJAMAN ANDA.
Maka anda harus bijak untuk memilih untuk mendapatkan lebihan pinjaman tersebut ataupun kekal dengan pinjaman yang lama.
Buatlar keputusan dengan bijak dan mengikut kemampuan bayaran balik anda.
Modal 5k Untuk Menjadi Dealer PG

Di atas keprihatinan syarikat Public Gold mendengar keluh kesah para pelabur yang berminat untuk menjadi dealer tapi tidak mempunya modal yang mencukupi, maka kini Public Gold telah membuka peluang itu seluas2nya kepada 200 dealer yang pertama dengan menjadi Advance Customer.
Anda juga boleh menggunakan kaedah EPP untuk pembelian sebagai Advance Customer!
Wednesday, 16 October 2013
Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan
Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai beberapa kemajuan ke arah menyelesaikan kebuntuan masalah bajet negara itu.
Harga komoditi itu menyusut kira-kira empat peratus di bawah paras AS$1,300 seauns sejak kerajaan AS mengisytiharkan penutupan sementara sebahagian daripada operasinya, bermula 1 Oktober lalu.
“Berdasarkan analisis sejarah, kita boleh menjangkakan harga emas bakal meningkat dalam tempoh minggu di mana kerajaan AS berdepan dengan kebuntuan masalah fiskalnya,” kata penganalisis di Nomura Securities Sydney, Amber MacKinnon.
“Sekiranya situasi itu benar-benar berlaku, emas akan berada dalam corak pegangan (peningkatan pembelian).
“Peningkatan harga komoditi itu juga boleh berlaku jika berlakunya penurunan (kredit) kewangan AS,” katanya.
MacKinnon berkata, sebelum ini, semasa perdebatan masalah fiskal AS untuk meningkatkan had siling hutang negara itu pada 2011 - yang mana penyelesaiannya hanya dicapai pada minit terakhir - harga emas tidak bertindak balas dengan ketara sehinggalah selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit AS.
Harga komoditi itu akhirnya mencecah paras tertingginya iaitu AS$1,920 seauns pada September tahun itu.
“Nampaknya, emas tidak meningkat dalam tempoh masa AS mengalami masalah ketegangan politik (dan harga emas dijangka meningkat semula) sehinggalah selepas peristiwa itu tamat,” kata MacKinnon.
Harga rujukan emas meningkat sehingga 0.02 peratus kepada AS$1,273.10 seauns pada 0317 GMT, selepas berlakunya rentetan penurunan selama empat hari dalam sesi sebelumnya.
SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia (ETF), berkata pegangan emasnya susut 1.85 tan kepada 889.13 tan pada Isnin lalu, untuk mencecah tahap terendah dalam tempoh empat tahun.
Situasi ini sekali gus mencerminkan menurunnya keyakinan dalam kalangan pelabur.
Debat mengenai isu perbelanjaan kerajaan AS di Kongres negara itu, yang sudah pun memasuki tempoh sebulan, kini menunjukkan tanda-tanda positif ke arah mengelakkan negara itu terus terjerumus ke dalam masalah ekonomi. - REUTERS

