Wednesday, 16 October 2013

Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan


Emas diniagakan dalam jajaran sempit semalam, berlegar menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah peningkatan pengaliran keluar dana pelaburan berkaitan emas.

Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai beberapa kemajuan ke arah menyelesaikan kebuntuan masalah bajet negara itu.

Harga emas, komoditi yang kebiasaannya dianggap paling selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, kini dilihat gagal meningkat walaupun perbalahan mengenai kebuntuan fiskal di AS berlarutan sebelum ini.


Harga komoditi itu menyusut kira-kira empat peratus di bawah paras AS$1,300 seauns sejak kerajaan AS mengisytiharkan penutupan sementara sebahagian daripada operasinya, bermula 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan analisis sejarah, kita boleh menjangkakan harga emas bakal meningkat dalam tempoh minggu di mana kerajaan AS berdepan dengan kebuntuan masalah fiskalnya,” kata penganalisis di Nomura Securities Sydney, Amber MacKinnon.

“Sekiranya situasi itu benar-benar berlaku, emas akan berada dalam corak pegangan (peningkatan pembelian).

“Peningkatan harga komoditi itu juga boleh berlaku jika berlakunya penurunan (kredit) kewangan AS,” katanya.
MacKinnon berkata, sebelum ini, semasa perdebatan masalah fiskal AS untuk meningkatkan had siling hutang negara itu pada 2011 - yang mana penyelesaiannya hanya dicapai pada minit terakhir - harga emas tidak bertindak balas dengan ketara sehinggalah selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit AS.

Harga komoditi itu akhirnya mencecah paras tertingginya iaitu AS$1,920 seauns pada September tahun itu.

“Nampaknya, emas tidak meningkat dalam tempoh masa AS mengalami masalah ketegangan politik (dan harga emas dijangka meningkat semula) sehinggalah selepas peristiwa itu tamat,” kata MacKinnon.

Harga rujukan emas meningkat sehingga 0.02 peratus kepada AS$1,273.10 seauns pada 0317 GMT, selepas berlakunya rentetan penurunan selama empat hari dalam sesi sebelumnya.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia (ETF), berkata pegangan emasnya susut 1.85 tan kepada 889.13 tan pada Isnin lalu, untuk mencecah tahap terendah dalam tempoh empat tahun.

Situasi ini sekali gus mencerminkan menurunnya keyakinan dalam kalangan pelabur.

Debat mengenai isu perbelanjaan kerajaan AS di Kongres negara itu, yang sudah pun memasuki tempoh sebulan, kini menunjukkan tanda-tanda positif ke arah mengelakkan negara itu terus terjerumus ke dalam masalah ekonomi. - REUTERS

Menyimpan Emas dan Lupakan Seketika...

Salam semua, dah lama nak menulis tapi tak berkesempatan..hari ini dapat peluang terus aja menulis..walau mungkin singkat..banyak idea nak di buat untuk memperbaiki mutu persembahan dan information dalam blog ini, tapi terlalu banyak kekangan..insyaAllah akan saya cuba luangkan sedikit dari masa saya untuk kemudahan semua dan seterusnya mendapat manfaat.

Saya terbaca ada satu blog ni, katanya kalau kita simpan duit dalam buku ni, kita akan rasa macam mudah aja nak keluarkan duit sebab bukunya ada depan mata..saya setuju dengan pandangan beliau.
 
Saya juga begitu, bila ada duit, mula lar otak ni ligat memikirkan mana bahagian dalam rumah yang perlu diperbetulkan, ditukar, diolah dan sebagainya. Hakikatnya, kita hanya perlu menukar, mengolah atau memperbetulkan jika ianya benar2 perlu, contohnya kalau TV tu dah rosak dan tidak boleh di pakai sama sekali barular kita tukar, dan bukannya tukar hanya kerana mengikut "trend"  atau kerana jualan murah semata2. 
 
Takpun, bila ada duit lebih, mulalar berfikir nak tukar kereta baru dan kebetulan dalam masa yang sama kereta sedia ada pun dah nak habis bayar..walhal adakah ianya perlu? Emm..kalau beli untuk melaram..rasanya tak perlular menambah hutang..sedangkan kereta sedia ada masih elok dan boleh dipakai lagi. Lebih baik beli kepada sesuatu yang menambah nilai seperti emas, rumah atau beli kereta lain untuk disewakan...

Kalaular perasaan "berbelanja sesuatu yang tidak perlu" ini tidak di bendung, maka akan habislar simpanan kita..yea betul duit boleh di cari..tapi tidak perlular kita menjadi hamba duit..biarlar duit yang bekerja untuk kita dengan cara menambah nilai duit kita tu kepada sesuatu yang lebih bernilai dalam jangka masa panjang seperti emas, perak, rumah dan lain2.

Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan”. Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa amaun semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Bagaimana yea caranya nak simpan tapi nak lupakan pulak...

Melupakan Simpanan Dengan Emas

Mudah caranya, BELI EMAS FIZIKAL, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Simpanlar juga resit pembelian sebagai rujukan kita di masa hadapan. Saya tak tahu berapa simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.

Ada jer duit lebih dari bonus atau bisnes, saya beli gold bar atau dinar, dan letak dalam safe deposit box. Sampai haul nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk kira zakat.

Sekarang saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun ASB. Saya cuma ada emas dan cash yang cukup-cukup untuk kecemasan.

Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya di 012 726 1779. Saya boleh bantu, insyaAllah. Selamat menyimpan!