Sunday, 20 October 2013

Ar Rahnu di KPMNJ Johor Bahru

Ramai yang bertanya kepada saya, bolehkah emas PG di Ar Rahnukan di bank? Macam tak percaya aja..bukan ke semua bank sudah tidak menerima produk dinar ataupun jongkong Emas untuk di Ar Arahnukan..yea itu dulu..tapi KINI, Bank Rakyat Seluruh Malaysia dan Pejabat Pos Malaysia sudah menerima kesemua keluaran produk emas Public Gold untuk di Ar Rahnukan.

Tapi hari ini saya lebih gemar untuk bercerita Ar Rahnu di KPMNJ. Teringat saya ada satu peristiwa di mana ada seorang pelanggan memarahi pekerja Ar Rahnu KPMNJ kerana beliau terpaksa membayar upah simpan sebanyak rm180(kalau tak silap saya). Pada asalnya, pelanggan tersebut hendak menukar surat baru, jadi kenalar pekerja KPMNJ mengira semula nilai marhum emas yang berada di KMPNJ dengan mengikut harga semasa emas pada hari tersebut. Namun salah faham akan konsep tukar surat baru menyebabkan pelanggan tersebut naik angin walaupun telah di terangkan dengan lebih detail.

Nasihat saya, fahami sesuatu perkara sebelum kita melakukannya supaya kita faham apa akibatnya dikemudian hari. Jadi hari ini saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana kiraaan untuk tukar semula surat Ar Rahnu di KPMNJ.

Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Jatuh

Pinjaman Pertama(a)
Katalar pada 1/2/2013 kita ar rahnukan 5 keping dinar 1 dan nilai marhumnya adalah rm650/dinar 1
Total nilai marhun untuk 5keping dinar 1 adalah RM3250
65% nilai pinjaman yang akan diperolehi untuk 5 keping dinar adalah RM3250*65% = RM2110
0.75% upah simpan daripada nilai Marhum = RM3250*0.75% = RM24.38/bulan
(upah simpan akan dikira berdasarkan nilai marhum bukan nilai pinjaman)

Tempoh simpanan adalah 6+2bulan, oleh itu :-
Kadar upah simpan untuk 6 bulan = RM24.38*6 = RM146.28
Kadar upah simpan untuk 2 bulan(tambahan) = RM24.38*2 = RM48.76
Oleh itu jumlah upah simpanan untuk 8 bulan adalah RM 146.28+RM48.76 = RM195.04

Setelah itu Emas/Dinar tersebut akan di nilai semula mengikut harga semasa.

Pinjaman Kedua(b)
Jika sewaktu kita menukar surat baru tersebut harga emas jatuh, contohnya harga dinar 1 adalah rm600 maka:-
65% nilai pinjaman yang dinilai semula telah menurun kepada rm390/sekeping dinar
Jadi dalam kes ini nilai pinjaman yang baru telah menurun kepada rm1950
Oleh itu kita harus membayar perbezaan antara pinjaman pertama(a) dengan pinjaman kedua(b)
rm2110-rm1950 = rm160

Untuk menukar surat yang baru maka jumlah yang harus dia bayar adalah:-
Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua
RM195.04 + RM160 = RM355.04

Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Naik

Jika harga emas naik sewaktu tamat tempoh dan sewaktu hendak menukar surat, formulanya masih sama iaitu :-

Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua

Jika nilai emas meningkat kepada RM700/dinar 1, maka:-
Nilai Marhumnya adalah RM3500
65% nilai pinjaman yang bakal diperolehi :RM2275

Oleh itu, anda hanya perlu membayar upah simpan selama 8 bulan sahaja iaitu RM195.04 dan anda boleh mendapat lebihan pinjaman. Namun harus di ingat, lebihan pinjaman bermaksud lebihan upah simpan untuk pinjaman ke dua anda kerana upah simpan akan dikira berdasarkan Nilai Marhum anda bukan berdasarkan NILAI PINJAMAN ANDA.

Maka anda harus bijak untuk memilih untuk mendapatkan lebihan pinjaman tersebut ataupun kekal dengan pinjaman yang lama.

Buatlar keputusan dengan bijak dan mengikut kemampuan bayaran balik anda.





Modal 5k Untuk Menjadi Dealer PG

 

Salam Semua..
 


Di atas keprihatinan syarikat Public Gold mendengar keluh kesah para pelabur yang berminat untuk menjadi dealer tapi tidak mempunya modal yang mencukupi, maka kini Public Gold telah membuka peluang itu seluas2nya kepada 200 dealer yang pertama dengan menjadi Advance Customer.
 
Apa itu Advance Customer yea?
Advance customer ni bermaksud anda membuat pembelian RM5k dlm satu invoice dan kemudian anda mencari lagi customer or kawan2 or saudara mara yang sama2 ingin melindungi kekayaan mereka dengan membuat pembelian sebanyak RM5k dalam satu resit. Seandainya anda berjaya memperkenalkan 2 orang customer, anda akan dapat referal komisen sebanyak rm100, dan jika 5 Orang referal anda berjaya lakukan..automatically anda layak menjadi Dealer Public Gold dan nikmati komisen 1.5% setiap kali anda menjalankan urusniaga jual beli.
 
Mudah bukan, ayuh mulakan langkah anda dengan pembelian RM5k product Public Gold!
Anda juga boleh menggunakan kaedah EPP untuk pembelian sebagai Advance Customer!
 
 
Hubungi saya untuk keterangan selanjutnya di 012 726 1779.