Pada hari ahad yang lepas, sedang saya dan suami menikmati minum petang, tiba-tiba anak perempuan saya yang berumur 7 tahun datang kepada saya sambil menunjukkan replika Gold Bar kepada saya sambil berkata "nah gold bar untuk ibu, nanti akak catkan warnanya dengan color emas'.
"Nanti kakak pun nak kumpul emas macam ibu dan ayah...Emas bagus kan ibu"
Hehehe..terkejut saya dan suami, tak sangka dalam sibuk bermain-main bersama adik-adiknya dia masih ingat tentang kebaikan emas dan yang pastinya dia sudah pun celik emas walaupun umurnya baru 7 thun! Walaupun ianya hanya berasal dari tanah liat dan berwarna pink, namun dia tetap kreatif dan berhasrat untuk menukar gold bar tanah liat itu menjadi GOLD BAR sebenar.
Bayangkan anak sekecil itu juga tahu akan nilai dan kepentingan emas, ini kan pula kita yang sudah
dewasa.
Ayuh mulakan simpanan emas fizikal anda untuk masa depan anak-anak, insyaAllah, ianya boleh digunakan apabila mereka berjaya memasuki ke universiti kelak. Maka tak perlulah kita bergolok bergadai seperti mana orang-orang tua kita yang terdahulu, dimana terpaksa meminjam malah ada yang menggadai tanah semata-mata nak membayar yuran pengajian di universiti. Bukanlar saya nak menyalahkan mereka, tetapi saya nak semua ibu bapa sedar betapa pentingnya simpanan Emas dan kebaikannya untuk masa hadapan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jika simpan duit, nilainya akan menyusut di masa hadapan, namun tidak dengan emas, nilainya makin meningkat di masa hadapan. Menyimpan lar dengan bijak untuk masa depan keluarga anda.
Buktinya telah nyata, hanya kita perlu memulakan langkah pertama dengan memiliki hatta sekeping gold bar bernilai 1grm atau Dinar 1 yang hanya bernilai RM605(harga setakat hari ini-22/10/2013)
P/s : 1grm Emas pd tahun 2000-2001 hanya RM38, tapi kini ianya sudah bernilai RM140-150(setakat hari ini 22-10-2013), iaitu peningkatan 294.7% untuk 12tahun yang lepas atau puratanya 24% kenaikan untuk setahun.
Hubungi saya di 012 726 1779 untuk memulakan simpanan emas anda.