Showing posts with label Berita Semasa Emas. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa Emas. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan


Emas diniagakan dalam jajaran sempit semalam, berlegar menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah peningkatan pengaliran keluar dana pelaburan berkaitan emas.

Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai beberapa kemajuan ke arah menyelesaikan kebuntuan masalah bajet negara itu.

Harga emas, komoditi yang kebiasaannya dianggap paling selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, kini dilihat gagal meningkat walaupun perbalahan mengenai kebuntuan fiskal di AS berlarutan sebelum ini.


Harga komoditi itu menyusut kira-kira empat peratus di bawah paras AS$1,300 seauns sejak kerajaan AS mengisytiharkan penutupan sementara sebahagian daripada operasinya, bermula 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan analisis sejarah, kita boleh menjangkakan harga emas bakal meningkat dalam tempoh minggu di mana kerajaan AS berdepan dengan kebuntuan masalah fiskalnya,” kata penganalisis di Nomura Securities Sydney, Amber MacKinnon.

“Sekiranya situasi itu benar-benar berlaku, emas akan berada dalam corak pegangan (peningkatan pembelian).

“Peningkatan harga komoditi itu juga boleh berlaku jika berlakunya penurunan (kredit) kewangan AS,” katanya.
MacKinnon berkata, sebelum ini, semasa perdebatan masalah fiskal AS untuk meningkatkan had siling hutang negara itu pada 2011 - yang mana penyelesaiannya hanya dicapai pada minit terakhir - harga emas tidak bertindak balas dengan ketara sehinggalah selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit AS.

Harga komoditi itu akhirnya mencecah paras tertingginya iaitu AS$1,920 seauns pada September tahun itu.

“Nampaknya, emas tidak meningkat dalam tempoh masa AS mengalami masalah ketegangan politik (dan harga emas dijangka meningkat semula) sehinggalah selepas peristiwa itu tamat,” kata MacKinnon.

Harga rujukan emas meningkat sehingga 0.02 peratus kepada AS$1,273.10 seauns pada 0317 GMT, selepas berlakunya rentetan penurunan selama empat hari dalam sesi sebelumnya.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia (ETF), berkata pegangan emasnya susut 1.85 tan kepada 889.13 tan pada Isnin lalu, untuk mencecah tahap terendah dalam tempoh empat tahun.

Situasi ini sekali gus mencerminkan menurunnya keyakinan dalam kalangan pelabur.

Debat mengenai isu perbelanjaan kerajaan AS di Kongres negara itu, yang sudah pun memasuki tempoh sebulan, kini menunjukkan tanda-tanda positif ke arah mengelakkan negara itu terus terjerumus ke dalam masalah ekonomi. - REUTERS

Sunday, 11 August 2013

Red alert sounded on fake Gold, Silver coins


Mon, Aug 12 2013 5:07 AMCHICAGO (Bullion Street): The next time someone invests in gold and silver coins, beware! There are some fakes circulating and the origin of it could be Lebanon, other parts of Middle East and even China that a naked eye can't detect them. According to coin traders, China produces some really impressive fakes that could even fool experienced coin dealers.
In February, Coinworld published a report on counterfeit 2011 American Eagle Silver bullion coin that contained traced of gold but no silver at all. Andrew Greenham from Forest City Coins in London, Ontario, Canada, obtained the counterfeit from a second Toronto dealer who had acquired 10 examples from yet a third, unidentified, Toronto dealer, who was duped into purchasing the pieces from an unidentified seller, as genuine silver Eagles. It is unknown how many counterfeit 2011 silver American Eagles were passed as genuine and whether fake silver American Eagles bearing other dates are also in the marketplace.
Recently, the auction of several pieces of rare gold coins which belonged to a recluse who died in Nevada reveleaed the fact that some of them were counterfeit and the bidders got the assurance that they could return them if found fake.Reno-based Silver State Coin bought three of the six lots offered at the Carson City district courthouse, just a few blocks from the old U.S. Carson City mint. Silver State paid nearly $1.2 million for the most expensive lot that featured 880 $20 gold Saint Gaudens.The other half of the estate of Walter Samaszko Jr. — consisting mainly of gold bullion — sold at auction in February for about $3.5 million."We have never shipped a single counterfeit product, but a lot of companies don’t have access to the resources or technology that we do at the Certified Gold Exchange,” Stewart Lawson said. “Even if a company that ships coins in good faith may be unwittingly selling fake gold coins."Lawson recommends that investors only purchase bullion coins from authorized mint distributors. “In the case of certified gold coins, PCGS and NGC are the two trusted coin certifiers,” Lawson said.
"However, since China produces some really impressive fakes it is a good idea to do business with a company that has been around a long time and that has a stellar [Better Business Bureau] rating with no complaints of any sort, especially not related to product authenticity." Lawson says the note was only sent to clients but individuals interested in learning how to avoid fake coinage may receive a copy by using the contact form on the company’s web site.

Tuesday, 30 July 2013

Sebab Kejatuhan Emas

Sekarang adalah masa yang teramat sesuai untuk melabur semua yang anda ada menjadi pelaburan emas. Harga emas sudah jatuh daripada RM200 segram terus jadi RM130-RM140 segram!Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. 

Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham tentang bagaimana harga ditentukan.Harga emas akan berubah 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, setiap hari. Ini juga mempengaruhi beberapa sebab dan kesan-kesannya, yakni kesan dari permintaan dan bekalan emas. Harga emas sebenarnya ditetapkan oleh Penetapan Emas (Gold Fixing). Juga dikenali sebagai Penetapan Emas London, ia adalah satu mesyuarat lima anggota Pool Gold London dijalankan dua kali sehari melalui telefon, pada 10:30 GMT dan 15:00 GMT.

Penetapan Emas secara meluas diiktiraf sebagai penanda aras yang digunakan untuk emas harga dan produk emas di seluruh dunia. Kesan daripada negara Cyprus menjual emas boleh menjadi pemangkin besar dalam permainan ini. Mereka telah menjual berbilion-bilion dolar dalam emas. Ini baru sahaja menjadi berita baru-baru dari bank pusat di Cyprus, untuk menampung kerugian mereka. Kesannya mungkin telah menyebabkan emas jatuh sekarang. Inilah sebabnya anda wajib membaca berita!Banyak lagi faktor yang akan kami rungkaikan dalam artikel kali ini. Ramai penganalisis dan amatur sedang mengeluarkan pelbagai teori mereka tentang apa yang menyebabkan kejatuhan harga ini.Berikut adalah antara potensi bagi harga emas menurun:Permintaan dan pembekalan.Contoh ‘bekalan dan permintaan emas’ ini secara asasnya:
Penawaran > Permintaan = Harga Emas jatuh 
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik

Selain itu, harga emas adalah berlawanan dengan keadaan nilai matawang dolar Amerika. Apabila dolar meningkat, harga emas jatuh dan begitulah sebaliknya.Berikut di bawah, kami akan dedahkan mengapa penawaran dan permintaan ini boleh menjadi faktor penurunan harga emas.1. Kaitan dengan dolarPertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula. Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. 

Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan. Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.2. Keadaan ekonomi globalKira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat. Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. 

Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak. Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Jadi, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.3. Penjualan emas di CyprusPada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas. 

Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka. Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga asetRizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.5. Tindakan para pelabur emas

Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini. Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum. Jadi sekianlah sudah pendedahan dari kami tentang soalan cepumas ini. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang berpotensi menjatuhkan harga emas ini, tetapi seperti yang kami katakan tadi, ‘logik akal’ memainkan peranan kuat dalam penentuan harga ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam perjalanan pelaburan emas anda. Sumber artikel dari JutawanGold.com

Tuesday, 2 July 2013

Emas dan Fakta Disebalik Kejatuhannya





1) Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sekarang ini kita menyaksikan kejutan kejatuhan harga emas yang sangat besar dalam sejarah. Ini boleh juga dianggap tsunami kepada pelabur, pedagang ,peniaga sehingga peruncit- peruncit emas. Semua pihak tertanya -tanya apakah punca kejatuhan komoditi beharga ini sehingga begitu teruk sekali dalam tempoh 50 tahun. Terakhir kejatuhan teruk pernah berlaku pada tahun 2008 ketika krisis subprime meruncing sekitar dua puluh percent lebih harga emas jatuh. Setahun kemudian harga emas terus mencanak naik hingga kemuncaknya pada bulan Ogos 2011 mencecah rekod kenaikan tertinggi dalam sejarah $1930 oz. Kemudian pada tahun 2012 harga emas turun sedikit tetapi masih tinggi dan tidak naik mencatat rekod baru.

2) Pada masa yang sama tahun 2012 menyaksikan krisis hutang di zon eropah seperti Greek, Spain dan Cyprus dan juga digembar gemburkan tentang fiscal cliff yang mana polisi hutang kewangan AS zaman Bush tamat dan satu undang2 baru akan digubal oleh pentadbiran Obama. Dalam masa yang sama Amerika juga bergelut dengan masalah hutang dan billed out bank-bank dengan melancarkan beberapa pusingan pembelian bon kerajaan juga dikenali sebagai Quantitative Easing 1, 2 dan ketika dengan pembelian bond sebanyak $85 billion sebulan oleh Federal Reserve yang sekarang konunnya akan diperlahankan mulai bulan September depan atas sebab pemulihan ekonomi semakin baik di AS.

3) Apapun alasan dan sebab musababnya tidaklah diketahui hakikat sebenarnya. Walaupun berita analisa analisa teknikal dipaparkan tentang kemungkinan harga emas naik atau turun, semuanya boleh dibangkul sampahkan disebabkan analisa2 tersebut ada yang sengaja disiarkan oleh agen-agen dan reporter reporter upahan Kapitalis untuk menarik pelabur2 kecil supaya merangsang pembelian. Sedangkan apabila ramai pelabur2 kecil masuk pasaran, mereka menjual dengan volume yang besar atau profit taking menyebabkan harga jatuh. Ini akan menyebabkan kerugian kepada trader2 dan investor kecil. Saya memang tidak terikut dan percaya dengan berita2 pasaran yang dipaparkan tetapi mengambil sikap bertentangan. Maknanya kalau banyak keluar berita2 rangsangan menyuruh beli emas dan perak, maka saya jangka harganya pasti nak jatuh nanti. Tetapi sekiranya diberitakan komoditi tersebut tidak selamat untuk simpanan dan harganya diberitakan akan jatuh, maka saya percaya dia akan berlaku sebaliknya. Kerana ini ialah game Kapitalis, bank2 persatuan pedagang2 emas. Mereka yang menentukan halatuju harga komoditi tersebut. Segala data2 pergerakan dan pemilikan semuanya didalam genggaman mereka. Tak pelik kan?

4) Kesan kejatuhan emas kepada pelabur yang membeli emas tanpa pegangan fizikal seperti membeli emas berbentuk akaun simpanan di bank2 seperti Maybank, Public Bank, Uob Bank dan Kfh, buat masa ini bank tersebut mengaut untung daripada pelabur disebabkan pelabur yang beli dalam tempoh 3 tahun Lepas kalau jual pasti rugi. Ini kerana semasa mereka beli harganya mahal, tetapi kalau jual sekarang harga ditambah pula tolak spread 4% harga sangat rendah. Maka banklah yang untung, tetapi sekiranya pelabur masih tak jual, bank masih untung dengan mereka masih dapat menggunakan modal kita lagi yang terbeku di dalam buku akaun mereka.

5) Pekedai, peruncit dan peniaga barangan kemas pula menghadapi masalah kerugian disebabkan harga emas sekarang rendah diparas harga tahun 2010. Jadi jika stok emas mereka yang dibeli pada selepas tahun 2010 sudah tentu peniaga kedai emas rugi, sedangkan sekarang pembeli dan pengguna emas tidak akan melepaskan peluang menyerbu kedai- kedai emas untuk membeli emas murah sekarang. Jadi untuk mengelakan kerugian maka, persatuan tukang2 emas telah menaikkan harga workmanship 100% cas tambahan untuk recover harga emas yang murah sekarang. Jadi pengguna tetap tidak dapat harga emas yang hakikatnya jatuh dan murah sekarang.

6) Bagi pelabur-pelabur emas fizikal seperti syiling dinar, gold bar dan sebagainya pula menghadapi dilemma harga beli pada harga mahal dahulu, sekarang harga murah, kalau sesak duit terpaksa jual ditambah pula tolak dengan spread juga menanggung kerugian. Tetapi masih ada alternatif untuk recover kerugian bergantung kepada kemahiran pelabur tersebut dan syarikat yang dibeli dahulu. Tetapi masih berisiko. Sesetengah penjual emas pelaburan tidak mahu menjual emas mereka pada masa sekarang disebabkan konunnya kehabisan stok yang pada hakikatnya mereka tak mahu jual kerana harga murah sedangkan stok mereka beli dahulu mahal.

7) Bagi saya kedudukan harga emas sekarang ini iaitu jatuh teruk kepada $1235oz sesuatu yang dirancang oleh kapitalis untuk menggertak pemilik emas fizikal supaya mereka menjualnya dengan memaparkan persepsi bahawa emas juga tidak selamat, maka orang akan beralih kepada pelaburan saham atau bon yang sebenarnya menjadi darah daging sistem kapitalis. Mungkin juga mereka merasa terancam sekiranya rakyat semua memilih emas fizikal yang boleh disimpan sendiri akan menjejaskan sistem perbankan mereka yang mana mereka sangat berkuasa untuk memiliki apa sahaja eset didunia ini hanya dengan nota bank mereka, atau membuat silap mata hasil atas penipuan mereka mencipta wang kertas.

8) Jadi, bagi saya situasi kejatuhan harga emas yang teruk sekarang ini adalah satu kelebihan bagi pembeli emas untuk memiliki emas yang murah. Juga kepada pelabur emas fizikal, walaupun stok yang terdahulu beli mahal, tetapi bagi saya ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dan sangat menarik untuk saya. Jadi apa harus dilakukan bukanya takut sebab harga jatuh, tetapi membuka peluang yang besar untuk saya buat keuntungan. Hahaha.

9) Biarkan harga turun lagi, sampai paras terendah setakat mana dia akan turun. Taktik permainan juga berubah, mereka kapitalis besar mungkin juga sedang menanti untuk membuat kejutan dengan mananti peluang mendapat emas murah untuk diborong habis- habisan apabila pelabur2 kecil tidak yakin dengan emas lagi. Kita tunggu dan lihat.

10) Perlu diingat, semua pelaburan mesti ada permainan dan risiko tertentu seperti pepatah inggeris they gain from our lost, we gain from their lost.

11) Semua komoditi dunia didagangkan tidak lepas dari pengaruh speculator. Emas, perak, makanan, minyak dan sebagainya adalah tidak terlepas daripada permainan2 kapitalis elit yang hanya membuat keuntungan atas angin secara berlebihan. Akibatnya penduduk dunia rakyat sengsara dengan permainan manipulasi mereka.

12) Menyingkap kembali bagaimana harga besi dan bahan binaan yang naik mendadak pada beberapa tahun lepas diikuti dengan harga minyak yang mencecah $147 setong, krisis kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan seperti beras, harga perak naik memuncak sehingga $48 oz (168%) tahun 2011, emas $1930oz kemudian mulai muncul krisis hutang euro zone dengan beberapa negara bankrap seperti Greece, Cyprus juga downgrade triple A kepada 2 A oleh Standard and Poor dan kemuncak fiscal cliff Amerika.

13) Apa yang kita saksikan sekarang adalah percaturan baru kapitalis untuk mengekalkan kuasa keatas penduduk dunia. Dan terus memperbodohkan kita dengan menyebar berita2 palsu, menyebarkan dakyah2 penyebaran penyakit berbahaya semata2 untuk tujuan mengaut keuntungan untuk membekal vaksin dan ubat ubatan untuk manusia.

Hubungi saya jika anda ingin memulakan simpanan emas anda di 012 726 1779

kredit untuk hargaemas.com.my