Sunday, 3 May 2015

STOKIS POWERGOLD PASIR GUDANG, JOHOR

Salam semua kepada pembaca setia blog kirin ni, cewah..macam lar ada yeak
tapi takperlar..nak jugak sharing ari ni pasal emas..

Kirin dah join Powergold ni dah lama dah..since 2013 lagi...cuma sekarang baru nak aktif2 balik
Dulu masa jadik ahli, tak rasa hebat macam bila jadi stokis ni incomenya..bila dah jadi stokis, alhamdulillah, berkat kesabaran dan penat lelah tanpa henti sharing dengan teman2, akhirnya membuahkan hasil, memang BOLEH jana extra income!

Kalau tak percaya, JOM JOIN STOKIS POWERGOLD dan rasakan sendiri kehebatan menjadi seorang STOKIS emas. Tak perlu nak simpan stok sebab urusan penghantaran barang semuanya akan diuruskan oleh company sendiri, tapi kalau ANDA sebagai stokis nak berikan servis terbaik buat rakan2 anda dengan stok yang sentiasa ada..tiada masalah..amat dialu2kan untuk simpan stok.
Sementelah, tak rugi pun simpan EMAS ni.

JOM kita review pakej2 yang ada dalam POWERGOLD.
Memang tak rugi join powergold, sebabnya dapat jadi ahli dapat emas..kemudian dapat beli emas pada harga kilang. Dan kalau nak lagi best, ajak kengkawan join dan sama sama buat networking.


SOLID GOLD 
RM 450 (FREE SUKU DINAR GRAM)
1.Sponsor Bonus  RM50 + RM10 (2 LEVEL)
2.Pairing Bonus   RM30 (A+B)C RM5
3.Matching Bonus  (10%)
4.RPI  RM500    syarat taja 1 orang
5.RPIII  RM250
SUPER POWER GOLD      
RM3800 ( FREE 2 DINAR)
1.Sponsor Bonus  RM50 + RM10 (2 LEVEL)
2.Pairing Bonus   RM30 (A+B)C RM5
3.Matching Bonus  (10%/10%/5%/5%/3%)
4.Stockiest Bonus             RM10 /Gram
5.RPI  RM500 (syarat taja 1 orang)
6.RPII  RM1000 (tanpa syarat menaja)


Nak tahu macam mana saya mampu jana pasifnincome dari Powergold, wassap or call saya di
0127261779.
        








Tuesday, 28 October 2014

Barang Kemas 916 Rantai Tangan dan Pandora

Salam semua..lama dah saya tak update blog..sibuk dengan urusan jual beli barang kemas...maklumlar harga emas jatuh ke paras terendah sekarang ini dan kaum hawa masing masing berebut rebut untuk tambah koleksi. Sudah hampir setengah tahun saya menumpukan perhatian menjual barang kemas 916. Berikut antara stock sedia ada..pada yang berminat boleh wassap saya untuk urusan jual beli.

Harga hari ini 28.10.2014 rm143/gram(upah RM50 - rm120)

Thursday, 6 February 2014

Emas Fizikal vs Emas Akaun

Baru baru ini saya cuba untuk menjual kembali akaun emas  yang saya ada disebuah bank tempatan yang amat tersohor. Namun setibanya saya dikaunter pengambilan nombor giliran kakitangan bank berkenaan berkata kepada saya bahawa dia tidak pasti sama ada hari tersebut boleh melakukan urusan jual kembali akaun gold saya dek kerana mereka telah menukar sistem mereka.Saya agak terkejut dengan informasi yang diberikan oleh berkenaan. Saya terfikir..bagaimana yea jika saya benar benar memerlukan  duit dan di dalam kecemasan? Saya ada duit di dalam bank tapi saya tidak dapat menggunakannya! Situasi ini terus membuatkan saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah diberikan hidayah dan kesedaran sebelum ini untuk menyimpan emas fizikal dan tidak semata bergantung kepada emas akaun mahupun simpanan dalam wang kertas yang diletak didalam bank semata! Pengajaran kepada pembaca sekalian beralihlar kepada simpanan emas fizikal.Jika ada simpanan yang agak agak tak pakai dalam setahun tu nasihat saya tukar kanlar dalam bentuk emas fizikal! Hubungi saya di 012 726 1779 untuk keterangan dan bimbingan dalam simpanan emas anda!

Emas dan Untung Ketika Downtrend

Salam kepada pembaca setia.Terima Kasih tak terhingga kerana masih sudi membaca blog ini walaupun dah lama saya tak menulis.Bukan tak nak menulis tetapi kesibukan urusan sekolah anak anak membataskan saya untuk menulis. Terlalu banyak untuk  dikongsikan sebenarnya.InsyaAllah akan cuba saya kongsikan dari masa ke semasa. Hari ini saya nak share pengalaman saya mengaut untung walaupun dalam keadaan harga emas  downtrend. Saya ni bukanlar bijak pandai seperti otai2 yang lain, tapi insyaAllah mana mana ilmu yang saya ada akan saya  share bersama. Pada pertengahan Disember 2013 saya telah membeli Dinar 5 pada harga RM5558 sekeping dan pada malam semalam harga Dinar 10 telah pun naik dan harga PG Buy ketika itu adalah RM5617.Wah..harganya sudah naik sebanyak 1% daripada harha asal belian saya!Disebabkan saya adalah  Priority Dealer saya menerima komisen 1.5% semasa membeli dan 0.5% semasa menjual kembali. Hakikatnya keuntungan yang saya perolehi adalah  3% dalam masa kurang 2 bulan!Mari kita perhatikan keuntungannya dalam bentuk  RM pula! Sewaktu membeli saya mendapat komisen RM83.37 + Kenaikan harga belian RM59 + Komisen jual semula RM28.08 maka jumlah keseluruhan keuntungan saya untuk sekeping Dinar 10 adalah RM112.04. Cuba bayangkan itu baru sekeping, kalau saya ada 10 keping, 20 keping Dinar 10, agak agak berapa yea keuntungan saya  dalam masa kurang 2 bulan dan dalam musim emas downtrend ni? Hubungi saya untuk bimbingan lanjut di 012 726 1779(wassap dan viber diterima)

Thursday, 26 December 2013

Menambah Pelaburan Emas Di Akhir Tahun

Alhamdulillah..walau dalam keadaan musim sekolah hendak bermula dan pelbagai perbelanjaan yang semakin meningkat, masih ada lagi kawan-kawan yang bijak mengambil kesempatan sementara harga tengah murah ni. Tahniah dari saya kerana kalian masih konsisten dalam menambah simpanan kalian!

Anda bila lagi? Jika berminat, boleh juga membeli dengan cara EPP iaitu ansuran sebanyak 4 kali.
Habis bayar baru akan dapat emas nya.

Belian Dinar 1 : 4 pcs
Harga / Dinar 1 (pada 26.12.13) : RM562/pcs
Total 4 Pcs Dinar 1 : RM2248
Kos Admin : RM11

Bayaran bulanan(selama 4 bulan) RM562/bulan

Jika anda ada bajet sekitar rm560 sebulan, boleh lar mulakan pembelian Emas dengan cara EPP ini.
Atau serendah RM140++ sahaja sebulan untuk sekeping Dinar 1!

Wassap saya untuk keterangan lanjut, insyaAllah saya akan bantu - 012 726 1779


Sunday, 22 December 2013

Membeli Semula Dinar Public Gold

Assallamualaikum

Hari ni saya dihujani dengan soalan untuk menjual kembali dinar yang dimiliki oleh kawan kawan sekalian.Emm..maklumlar dah nak naik sekolah, banyak keperluan seperti buku, kasut dan yuran persekolahan yang perlu dijelaskan lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Maka ramailar yang ingin menjual emas ataupun dinar yang dimiliki.

Saya dengan sukacitanya telah membeli kembali 2 keping dinar 1 daripada kawan saya yang sedang memerlukan duit. Seperti yang dijanjikan, walaupun dinarnya patah, kemek saya tetap akan membeli kembali asalkan sijil sewaktu belian masih ada(tapi dalam kes kali ini, Dinar 1 kawan saya tu masih lagi dalam keadaan elok tanpa sebarang kemek)

Saya rugi ke membeli semula Dinar 1 tersebut? Ohh semestinya TIDAK kerana saya dapat membeli semula dengan harga 6% lebih rendah daripada harga pasaran. Inilar untungnya menjadi dealer Public Gold, anda boleh membeli semula dengan harga yang telah ditetapkan melalui laman web Public Gold.

Contohnya, harga Dinar 1 hari ini adalah RM565, tapi saya telah pun membeli Dinar 1 tersebut pada harga RM533 sahaja. Dah jimat 6%, siapa yang tak nak beli kalau macam ni kan..hehehe

Untuk pencerahan lanjut boleh wassap saya di 012 726 1779

Monday, 16 December 2013

Teknik cut loss semasa harga rendah

Assalamualaikum

Tahun 2013 bakal meninggalkan kita dalam tempoh 2 minggu lagi. Sudahkah anda mencapai azam 2013? Bagaimana pula dengan azam 2014, dah ada ker? Semoga segalanya berjalan dengan lancar di akhir-akhir tahun sebegini dan semoga tahun baru yang bakal muncul nanti membawa seribu semangat buat kita menempuhi zaman yang semakin mencabar.

Pada hujung minggu yang lepas, saya berjaya membuat belian semula sewaktu harga tengah rendah

Pada 07.12.2013, saya telah berjaya membuat buy back seperti mana di bawah ini dan berjaya menjadi Priority Dealer!Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan ini. Terima kasih juga kepada Public Gold kerana promosi Gold Rush lar saya dapat menjadi PD.


Dan saya berjaya membuat belian semula pada harga yang lebih murah daripada buy back saya. Maksudnya saya akan lebih duit sedikit dan akhirnya kurangkan kos belian saya.

Saya telah membuat belian semula seperti berikut :-

Dinar 1 ==> 4 keping dengan harga RM528
Dinar 10 ==> 6 keping dengan harga RM5558

Sedangkan harga asal belian saya adalah :-

Dinar 1 ==> RM611/pc
Dinar 10 ==> RM5973/pc

Penjimatan yang tekah saya lakukan adalah sekitar 7-8% untuk jangka panjang.

Nampak macam saya rugi, tapi hakikatnya untuk jangka panjang, saya dah membuat penjimatan yang lebih banyak dari itu.

Bagaimana pula dengan gram saya yea? Berkurang banyak ker? Oh tidak lar banyak mana, hanya sekitar 1 keping dinar sahaja jika di hitung dengan lebih terperinci.
Mari kita lihat:-

Jumlah Buy Back  : RM35,009
Qty Buy Back : 280.50grm

Jumlah Belian semula : RM35,592
Qty Belian semula : 272grm

Gram yang berkurang : 8.5grm
RM yang perlu di tambah sewaktu belian semula : RM583

Komisen Buy Back : RM175.045
Komisen Belian semula : RM533.88
Total komisen : RM708.93

Cukup untuk menampung belian semula bukan? Malah masih berbaki rm125.90 untuk membeli sekeping lagi dinar 1 dan akhirnya saya hanya top up RM435.10(harga dinar 1 pd 13.12.13 adalah rm561)

Malah komisen daripada jualan saya pada bulan December ini juga mungkin cukup untuk menampung kekurangan yang perlu saya top up ini.
Nah akhirnya, saya sebenarnya hanya perlu menambah sekeping Dinar 1!

Namun ianya terpulang kepada individu sama ada untuk berani mengambil risiko ataupun tidak.

Wassap saya jika anda inginkan pencerahan di 012 726 1779