Sunday 22 December 2013

Membeli Semula Dinar Public Gold

Assallamualaikum

Hari ni saya dihujani dengan soalan untuk menjual kembali dinar yang dimiliki oleh kawan kawan sekalian.Emm..maklumlar dah nak naik sekolah, banyak keperluan seperti buku, kasut dan yuran persekolahan yang perlu dijelaskan lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Maka ramailar yang ingin menjual emas ataupun dinar yang dimiliki.

Saya dengan sukacitanya telah membeli kembali 2 keping dinar 1 daripada kawan saya yang sedang memerlukan duit. Seperti yang dijanjikan, walaupun dinarnya patah, kemek saya tetap akan membeli kembali asalkan sijil sewaktu belian masih ada(tapi dalam kes kali ini, Dinar 1 kawan saya tu masih lagi dalam keadaan elok tanpa sebarang kemek)

Saya rugi ke membeli semula Dinar 1 tersebut? Ohh semestinya TIDAK kerana saya dapat membeli semula dengan harga 6% lebih rendah daripada harga pasaran. Inilar untungnya menjadi dealer Public Gold, anda boleh membeli semula dengan harga yang telah ditetapkan melalui laman web Public Gold.

Contohnya, harga Dinar 1 hari ini adalah RM565, tapi saya telah pun membeli Dinar 1 tersebut pada harga RM533 sahaja. Dah jimat 6%, siapa yang tak nak beli kalau macam ni kan..hehehe

Untuk pencerahan lanjut boleh wassap saya di 012 726 1779