Thursday 31 October 2013

Produk Public Gold

Berikut adalah senarai senarai produk keluaran Public Gold.Untuk kali ini saya hanya kongsi dua produk sahaja.Selainnya akan dikongsi pada entry yang akan datang yea...
 
Dinar Emas
1. Dinar 1 - Susut Nilai 6%
2. Dinar 2(tiada di dalam gambar) - Susut Nilai 6%
3. Dinar 5 - Susut Nilai 5.5%
4. Dinar 10 - Susut Nilai 5%
 
 

 
 
Jongkong Emas
1. Gold Bar 10grm - Susut Nilai 8%
2. Gold Bar 20grm - Susut Nilai 6
3. Gold Bar 50grm - Susut Nilai 5.5%
4. Gold Bar 100grm - Susut Nilai 5%
5. Gold Bar 250grm - Susut Nilai 4.5%
Walaubagaimanapun jika anda menjadi dealer public gold susut nilainya lebih rendah daripada yang dinyatakan datas.Iaitu lebih rendah sekitar 1.5%-2%

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan produk Public Gold boleh hubungi saya terus di 012 726 1779.Usah bimbang kesemua produk dinar, dirham dan gold bar keluaran public gold disertakan dengan sijil ketulenan Seperti dibawah ini. Berikut adalah contoh sijil ketulenan Dinar 1 dan Gold Bar 20grm.


Monday 21 October 2013

Celik Emas

Pada hari ahad yang lepas, sedang saya dan suami menikmati minum petang, tiba-tiba  anak perempuan saya yang berumur 7 tahun datang kepada saya sambil menunjukkan replika Gold Bar kepada saya sambil berkata "nah gold bar untuk ibu, nanti akak catkan warnanya dengan color emas'.
"Nanti kakak pun nak kumpul emas macam ibu dan ayah...Emas bagus kan ibu"
Hehehe..terkejut saya dan suami, tak sangka dalam sibuk bermain-main bersama adik-adiknya dia masih ingat tentang kebaikan emas dan yang pastinya dia sudah pun celik emas walaupun umurnya baru 7 thun! Walaupun ianya hanya berasal dari tanah liat dan berwarna pink, namun dia tetap kreatif dan berhasrat untuk menukar gold bar tanah liat itu menjadi GOLD BAR sebenar.

Bayangkan anak sekecil itu juga tahu akan nilai dan kepentingan emas, ini kan pula kita yang sudah
dewasa.

Ayuh mulakan simpanan emas fizikal anda untuk masa depan anak-anak, insyaAllah, ianya boleh digunakan apabila mereka berjaya memasuki ke universiti kelak. Maka tak perlulah kita bergolok bergadai seperti mana orang-orang tua kita yang terdahulu, dimana terpaksa meminjam malah ada yang menggadai tanah semata-mata nak membayar yuran pengajian di universiti. Bukanlar saya nak menyalahkan mereka, tetapi saya nak semua ibu bapa sedar betapa pentingnya simpanan Emas dan kebaikannya untuk masa hadapan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jika simpan duit, nilainya akan menyusut di masa hadapan, namun tidak dengan emas, nilainya makin meningkat di masa hadapan. Menyimpan lar dengan bijak untuk masa depan keluarga anda.
Buktinya telah nyata, hanya kita perlu memulakan langkah pertama dengan memiliki hatta sekeping gold bar bernilai 1grm atau Dinar 1 yang hanya bernilai RM605(harga setakat hari ini-22/10/2013)

P/s : 1grm Emas pd tahun 2000-2001 hanya RM38, tapi kini ianya sudah bernilai RM140-150(setakat hari ini 22-10-2013), iaitu peningkatan 294.7% untuk 12tahun yang lepas atau puratanya 24% kenaikan untuk setahun.

Hubungi saya di 012 726 1779 untuk memulakan simpanan emas anda.






Sunday 20 October 2013

Ar Rahnu di KPMNJ Johor Bahru

Ramai yang bertanya kepada saya, bolehkah emas PG di Ar Rahnukan di bank? Macam tak percaya aja..bukan ke semua bank sudah tidak menerima produk dinar ataupun jongkong Emas untuk di Ar Arahnukan..yea itu dulu..tapi KINI, Bank Rakyat Seluruh Malaysia dan Pejabat Pos Malaysia sudah menerima kesemua keluaran produk emas Public Gold untuk di Ar Rahnukan.

Tapi hari ini saya lebih gemar untuk bercerita Ar Rahnu di KPMNJ. Teringat saya ada satu peristiwa di mana ada seorang pelanggan memarahi pekerja Ar Rahnu KPMNJ kerana beliau terpaksa membayar upah simpan sebanyak rm180(kalau tak silap saya). Pada asalnya, pelanggan tersebut hendak menukar surat baru, jadi kenalar pekerja KPMNJ mengira semula nilai marhum emas yang berada di KMPNJ dengan mengikut harga semasa emas pada hari tersebut. Namun salah faham akan konsep tukar surat baru menyebabkan pelanggan tersebut naik angin walaupun telah di terangkan dengan lebih detail.

Nasihat saya, fahami sesuatu perkara sebelum kita melakukannya supaya kita faham apa akibatnya dikemudian hari. Jadi hari ini saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana kiraaan untuk tukar semula surat Ar Rahnu di KPMNJ.

Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Jatuh

Pinjaman Pertama(a)
Katalar pada 1/2/2013 kita ar rahnukan 5 keping dinar 1 dan nilai marhumnya adalah rm650/dinar 1
Total nilai marhun untuk 5keping dinar 1 adalah RM3250
65% nilai pinjaman yang akan diperolehi untuk 5 keping dinar adalah RM3250*65% = RM2110
0.75% upah simpan daripada nilai Marhum = RM3250*0.75% = RM24.38/bulan
(upah simpan akan dikira berdasarkan nilai marhum bukan nilai pinjaman)

Tempoh simpanan adalah 6+2bulan, oleh itu :-
Kadar upah simpan untuk 6 bulan = RM24.38*6 = RM146.28
Kadar upah simpan untuk 2 bulan(tambahan) = RM24.38*2 = RM48.76
Oleh itu jumlah upah simpanan untuk 8 bulan adalah RM 146.28+RM48.76 = RM195.04

Setelah itu Emas/Dinar tersebut akan di nilai semula mengikut harga semasa.

Pinjaman Kedua(b)
Jika sewaktu kita menukar surat baru tersebut harga emas jatuh, contohnya harga dinar 1 adalah rm600 maka:-
65% nilai pinjaman yang dinilai semula telah menurun kepada rm390/sekeping dinar
Jadi dalam kes ini nilai pinjaman yang baru telah menurun kepada rm1950
Oleh itu kita harus membayar perbezaan antara pinjaman pertama(a) dengan pinjaman kedua(b)
rm2110-rm1950 = rm160

Untuk menukar surat yang baru maka jumlah yang harus dia bayar adalah:-
Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua
RM195.04 + RM160 = RM355.04

Menukar Surat Ar Rahnu di Masa Harga Emas Sedang Naik

Jika harga emas naik sewaktu tamat tempoh dan sewaktu hendak menukar surat, formulanya masih sama iaitu :-

Upah Simpan (8bulan) + Perbezaan Nilai Marhum Pinjaman Pertama dan Kedua

Jika nilai emas meningkat kepada RM700/dinar 1, maka:-
Nilai Marhumnya adalah RM3500
65% nilai pinjaman yang bakal diperolehi :RM2275

Oleh itu, anda hanya perlu membayar upah simpan selama 8 bulan sahaja iaitu RM195.04 dan anda boleh mendapat lebihan pinjaman. Namun harus di ingat, lebihan pinjaman bermaksud lebihan upah simpan untuk pinjaman ke dua anda kerana upah simpan akan dikira berdasarkan Nilai Marhum anda bukan berdasarkan NILAI PINJAMAN ANDA.

Maka anda harus bijak untuk memilih untuk mendapatkan lebihan pinjaman tersebut ataupun kekal dengan pinjaman yang lama.

Buatlar keputusan dengan bijak dan mengikut kemampuan bayaran balik anda.





Modal 5k Untuk Menjadi Dealer PG

 

Salam Semua..
 


Di atas keprihatinan syarikat Public Gold mendengar keluh kesah para pelabur yang berminat untuk menjadi dealer tapi tidak mempunya modal yang mencukupi, maka kini Public Gold telah membuka peluang itu seluas2nya kepada 200 dealer yang pertama dengan menjadi Advance Customer.
 
Apa itu Advance Customer yea?
Advance customer ni bermaksud anda membuat pembelian RM5k dlm satu invoice dan kemudian anda mencari lagi customer or kawan2 or saudara mara yang sama2 ingin melindungi kekayaan mereka dengan membuat pembelian sebanyak RM5k dalam satu resit. Seandainya anda berjaya memperkenalkan 2 orang customer, anda akan dapat referal komisen sebanyak rm100, dan jika 5 Orang referal anda berjaya lakukan..automatically anda layak menjadi Dealer Public Gold dan nikmati komisen 1.5% setiap kali anda menjalankan urusniaga jual beli.
 
Mudah bukan, ayuh mulakan langkah anda dengan pembelian RM5k product Public Gold!
Anda juga boleh menggunakan kaedah EPP untuk pembelian sebagai Advance Customer!
 
 
Hubungi saya untuk keterangan selanjutnya di 012 726 1779.

Wednesday 16 October 2013

Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan


Emas diniagakan dalam jajaran sempit semalam, berlegar menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah peningkatan pengaliran keluar dana pelaburan berkaitan emas.

Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai beberapa kemajuan ke arah menyelesaikan kebuntuan masalah bajet negara itu.

Harga emas, komoditi yang kebiasaannya dianggap paling selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, kini dilihat gagal meningkat walaupun perbalahan mengenai kebuntuan fiskal di AS berlarutan sebelum ini.


Harga komoditi itu menyusut kira-kira empat peratus di bawah paras AS$1,300 seauns sejak kerajaan AS mengisytiharkan penutupan sementara sebahagian daripada operasinya, bermula 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan analisis sejarah, kita boleh menjangkakan harga emas bakal meningkat dalam tempoh minggu di mana kerajaan AS berdepan dengan kebuntuan masalah fiskalnya,” kata penganalisis di Nomura Securities Sydney, Amber MacKinnon.

“Sekiranya situasi itu benar-benar berlaku, emas akan berada dalam corak pegangan (peningkatan pembelian).

“Peningkatan harga komoditi itu juga boleh berlaku jika berlakunya penurunan (kredit) kewangan AS,” katanya.
MacKinnon berkata, sebelum ini, semasa perdebatan masalah fiskal AS untuk meningkatkan had siling hutang negara itu pada 2011 - yang mana penyelesaiannya hanya dicapai pada minit terakhir - harga emas tidak bertindak balas dengan ketara sehinggalah selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit AS.

Harga komoditi itu akhirnya mencecah paras tertingginya iaitu AS$1,920 seauns pada September tahun itu.

“Nampaknya, emas tidak meningkat dalam tempoh masa AS mengalami masalah ketegangan politik (dan harga emas dijangka meningkat semula) sehinggalah selepas peristiwa itu tamat,” kata MacKinnon.

Harga rujukan emas meningkat sehingga 0.02 peratus kepada AS$1,273.10 seauns pada 0317 GMT, selepas berlakunya rentetan penurunan selama empat hari dalam sesi sebelumnya.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia (ETF), berkata pegangan emasnya susut 1.85 tan kepada 889.13 tan pada Isnin lalu, untuk mencecah tahap terendah dalam tempoh empat tahun.

Situasi ini sekali gus mencerminkan menurunnya keyakinan dalam kalangan pelabur.

Debat mengenai isu perbelanjaan kerajaan AS di Kongres negara itu, yang sudah pun memasuki tempoh sebulan, kini menunjukkan tanda-tanda positif ke arah mengelakkan negara itu terus terjerumus ke dalam masalah ekonomi. - REUTERS

Menyimpan Emas dan Lupakan Seketika...

Salam semua, dah lama nak menulis tapi tak berkesempatan..hari ini dapat peluang terus aja menulis..walau mungkin singkat..banyak idea nak di buat untuk memperbaiki mutu persembahan dan information dalam blog ini, tapi terlalu banyak kekangan..insyaAllah akan saya cuba luangkan sedikit dari masa saya untuk kemudahan semua dan seterusnya mendapat manfaat.

Saya terbaca ada satu blog ni, katanya kalau kita simpan duit dalam buku ni, kita akan rasa macam mudah aja nak keluarkan duit sebab bukunya ada depan mata..saya setuju dengan pandangan beliau.
 
Saya juga begitu, bila ada duit, mula lar otak ni ligat memikirkan mana bahagian dalam rumah yang perlu diperbetulkan, ditukar, diolah dan sebagainya. Hakikatnya, kita hanya perlu menukar, mengolah atau memperbetulkan jika ianya benar2 perlu, contohnya kalau TV tu dah rosak dan tidak boleh di pakai sama sekali barular kita tukar, dan bukannya tukar hanya kerana mengikut "trend"  atau kerana jualan murah semata2. 
 
Takpun, bila ada duit lebih, mulalar berfikir nak tukar kereta baru dan kebetulan dalam masa yang sama kereta sedia ada pun dah nak habis bayar..walhal adakah ianya perlu? Emm..kalau beli untuk melaram..rasanya tak perlular menambah hutang..sedangkan kereta sedia ada masih elok dan boleh dipakai lagi. Lebih baik beli kepada sesuatu yang menambah nilai seperti emas, rumah atau beli kereta lain untuk disewakan...

Kalaular perasaan "berbelanja sesuatu yang tidak perlu" ini tidak di bendung, maka akan habislar simpanan kita..yea betul duit boleh di cari..tapi tidak perlular kita menjadi hamba duit..biarlar duit yang bekerja untuk kita dengan cara menambah nilai duit kita tu kepada sesuatu yang lebih bernilai dalam jangka masa panjang seperti emas, perak, rumah dan lain2.

Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan”. Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa amaun semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Bagaimana yea caranya nak simpan tapi nak lupakan pulak...

Melupakan Simpanan Dengan Emas

Mudah caranya, BELI EMAS FIZIKAL, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Simpanlar juga resit pembelian sebagai rujukan kita di masa hadapan. Saya tak tahu berapa simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.

Ada jer duit lebih dari bonus atau bisnes, saya beli gold bar atau dinar, dan letak dalam safe deposit box. Sampai haul nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk kira zakat.

Sekarang saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun ASB. Saya cuma ada emas dan cash yang cukup-cukup untuk kecemasan.

Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya di 012 726 1779. Saya boleh bantu, insyaAllah. Selamat menyimpan!