Tuesday 18 August 2015

Kedai Emas Online Pasir Gudang

Salam kepada semua pembaca..lama dah saya tak update blog...kekangan masa dek kesibukan urusan anak anak dan penubuhan agensi pengembaraan..

Ha kepada warga Pasir Gudang khasnya..boleh rajin rajin kan diri singgah selalu di ofis kami..di Kota Masai..Accurate Travel Sdn Bhd di 4A Jalan Tembikai 6, Kota Masai, Pasie Gudang, Johor..

Saya bercadang nak buka "Kedai Emas Online Pasir Gudang" harap2 ianya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti!

Harga emas dalam trend menaik sekarang ni..sebab itu emas dikatakan sebagai penambat nilai.
Walau harga emas turun, ianya tetap emas dan tetap bernilai. Berbeza dengan simpan wang kertas, koyak dah tak laku..kena conteng pun dah x laku..beza dengan emas..patah ke..kemek ker..masih ada nilai.

Kalau ada sesiapa yang nak beli Dinar ke Gold Bar ke..ha boleh wassap or calling2 yea..

Kirin - 012 7261779




Monday 6 July 2015

BERAT BADAN TURUN 7KG DALAM 3 BULAN!

Salam semua

Emm...dah lama sungguh tak update blog...kesibukan penubuhan agensi pelancongan..disamping azam baru untuk turunkan berat badan dan juga networking powergold...menyebabkan blog ini terabai unuk seketika. Tapi saya masih lagi dengan minat yang sama membaca blog dan website kawan kawan sebagai menambah ilmu pengetahuan.

Diam tak diam lagi 10 hari saja umat islam akan menyambut Syawal.
Dengan ini saya menyusun sepuluh jari andai ada mana mana posting saya yang menyinggung perasaan sesiapa sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Ha persiapan hari raya untuk anak anak..rumah..dah settle ker?
Dalam keadaan persekitaran ekonomi yang semakin mencabar diharap para ibu ibu sekalian bijak dalam merancang perbelanjaan. Mana yang tak perlu mungkin boleh ditangguhkan untuk seketika. Melainkan sudah ada bajet...itu mungkin tidak apa...tapi masih juga penting untuk kita mengamalkan kesederhanaan atau wasatiah..insyaallah amin.

Melalut dah rasa...sebenarnya tujuan asal adalah nak sharing pasal kejayaan saya menurunkan berat badan sekitar 7kg..dalam masa 3bulan ni.

Emm..mungkin ada yang kata..ala setakat 7kg pun kecoh lar minah ni...heheheh..tapi untuk saya ianya sesuatu kejayaan yang amat bermakna buat saya...bertahun dah berat badan saya dibawah kategori obesiti...walau saya masih belum turun ke paras normal..namun saya amat bersyukur dan berpegang kepada prinsip biar lambat asalkan selamat dan konsisten. Fuh bukan mudah sebenarnya nak turunkan berat ni, kalau nak naik senang aja memang. Nak kurus...memerlukan keazaman dan konsistensi yang tinggi, kalau tak memang tak akan berjaya.

Apa ubat saya pakai ye? Hurm...saya tak amalkan makan ubat tapi saya lakukan 3 perkara berikut :

Pertama sekali saya amalkan sikap kira kalori intake saya dan saya pastikan apa yang saya ambil lebih rendah dari apa yang badan saya perlukan untuk menghasilkan tenaga..agak agak macam mana ye saya monitor kalori yang saya bakar hari hari walaupun saya hanya duduk di meja pejabat almost 7 to 8 hours? Ha ini akan saya kongsikan di entry akan datang...cara nak kira kalori intake pula bagaimana? Ini juga akan diterangkan dalam entry akan datang...kali ni saya nak cerita santai2 saja bagi anda faham :-)

Kedua saya amalkan pengambilan minuman yang menambah alkali dalam badan dan membetulkan sel sel badan. Jika sel sel badan dah pulih maka mudah untuk badan melakukan proses pembuangan lemak lemak yang tidak diperlukan. Minuman apa ya? Namanya CMD.
Ha mungkin ramai yang dah pernah dengar malah mungkin ada yang pernah mencuba...akan saya kongsikan perihal CMD ini dalam entry akan datang.

Ketiganya saya amalkan pengambilan makanan bernutrisi untuk sarapan saya(ini mesti) dan adakala untuk dinner juga. Makanan atau minuman ini memang terbaik sebab anak anak jugak boleh minun..malah Prof Muhaya juga mengamalkan pengambilan makanan atau minuman ini. Ha cuba google...dah tau jawapannya..nt baca entry saya yang seterusnya.

Ha ke tiga tiga cara ini telah membantu saya mengurangkan berat badan dalam masa 3 bulan ni. Mungkin ada yang mengatakan alahai setakat 7kilo je kot dalam masa 3 bulan ni..tapi pada hemat saya...ianya amat berbaloi kerana saya melakukannya dengan konsisten! Musuh yang paling kuat pada saya adalah konsistensi dan semangat tidak putus asa.

Kepada sesiapa yang perlukan special coaching, jom wassap or call saya di 012 726 1779 (Puan Kirin) insyaallah saya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan anda dengan cara yang sihat!

Sunday 3 May 2015

STOKIS POWERGOLD PASIR GUDANG, JOHOR

Salam semua kepada pembaca setia blog kirin ni, cewah..macam lar ada yeak
tapi takperlar..nak jugak sharing ari ni pasal emas..

Kirin dah join Powergold ni dah lama dah..since 2013 lagi...cuma sekarang baru nak aktif2 balik
Dulu masa jadik ahli, tak rasa hebat macam bila jadi stokis ni incomenya..bila dah jadi stokis, alhamdulillah, berkat kesabaran dan penat lelah tanpa henti sharing dengan teman2, akhirnya membuahkan hasil, memang BOLEH jana extra income!

Kalau tak percaya, JOM JOIN STOKIS POWERGOLD dan rasakan sendiri kehebatan menjadi seorang STOKIS emas. Tak perlu nak simpan stok sebab urusan penghantaran barang semuanya akan diuruskan oleh company sendiri, tapi kalau ANDA sebagai stokis nak berikan servis terbaik buat rakan2 anda dengan stok yang sentiasa ada..tiada masalah..amat dialu2kan untuk simpan stok.
Sementelah, tak rugi pun simpan EMAS ni.

JOM kita review pakej2 yang ada dalam POWERGOLD.
Memang tak rugi join powergold, sebabnya dapat jadi ahli dapat emas..kemudian dapat beli emas pada harga kilang. Dan kalau nak lagi best, ajak kengkawan join dan sama sama buat networking.


SOLID GOLD 
RM 450 (FREE SUKU DINAR GRAM)
1.Sponsor Bonus  RM50 + RM10 (2 LEVEL)
2.Pairing Bonus   RM30 (A+B)C RM5
3.Matching Bonus  (10%)
4.RPI  RM500    syarat taja 1 orang
5.RPIII  RM250
SUPER POWER GOLD      
RM3800 ( FREE 2 DINAR)
1.Sponsor Bonus  RM50 + RM10 (2 LEVEL)
2.Pairing Bonus   RM30 (A+B)C RM5
3.Matching Bonus  (10%/10%/5%/5%/3%)
4.Stockiest Bonus             RM10 /Gram
5.RPI  RM500 (syarat taja 1 orang)
6.RPII  RM1000 (tanpa syarat menaja)


Nak tahu macam mana saya mampu jana pasifnincome dari Powergold, wassap or call saya di
0127261779.
        








Tuesday 28 October 2014

Barang Kemas 916 Rantai Tangan dan Pandora

Salam semua..lama dah saya tak update blog..sibuk dengan urusan jual beli barang kemas...maklumlar harga emas jatuh ke paras terendah sekarang ini dan kaum hawa masing masing berebut rebut untuk tambah koleksi. Sudah hampir setengah tahun saya menumpukan perhatian menjual barang kemas 916. Berikut antara stock sedia ada..pada yang berminat boleh wassap saya untuk urusan jual beli.

Harga hari ini 28.10.2014 rm143/gram(upah RM50 - rm120)

Thursday 6 February 2014

Emas Fizikal vs Emas Akaun

Baru baru ini saya cuba untuk menjual kembali akaun emas  yang saya ada disebuah bank tempatan yang amat tersohor. Namun setibanya saya dikaunter pengambilan nombor giliran kakitangan bank berkenaan berkata kepada saya bahawa dia tidak pasti sama ada hari tersebut boleh melakukan urusan jual kembali akaun gold saya dek kerana mereka telah menukar sistem mereka.Saya agak terkejut dengan informasi yang diberikan oleh berkenaan. Saya terfikir..bagaimana yea jika saya benar benar memerlukan  duit dan di dalam kecemasan? Saya ada duit di dalam bank tapi saya tidak dapat menggunakannya! Situasi ini terus membuatkan saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah diberikan hidayah dan kesedaran sebelum ini untuk menyimpan emas fizikal dan tidak semata bergantung kepada emas akaun mahupun simpanan dalam wang kertas yang diletak didalam bank semata! Pengajaran kepada pembaca sekalian beralihlar kepada simpanan emas fizikal.Jika ada simpanan yang agak agak tak pakai dalam setahun tu nasihat saya tukar kanlar dalam bentuk emas fizikal! Hubungi saya di 012 726 1779 untuk keterangan dan bimbingan dalam simpanan emas anda!

Emas dan Untung Ketika Downtrend

Salam kepada pembaca setia.Terima Kasih tak terhingga kerana masih sudi membaca blog ini walaupun dah lama saya tak menulis.Bukan tak nak menulis tetapi kesibukan urusan sekolah anak anak membataskan saya untuk menulis. Terlalu banyak untuk  dikongsikan sebenarnya.InsyaAllah akan cuba saya kongsikan dari masa ke semasa. Hari ini saya nak share pengalaman saya mengaut untung walaupun dalam keadaan harga emas  downtrend. Saya ni bukanlar bijak pandai seperti otai2 yang lain, tapi insyaAllah mana mana ilmu yang saya ada akan saya  share bersama. Pada pertengahan Disember 2013 saya telah membeli Dinar 5 pada harga RM5558 sekeping dan pada malam semalam harga Dinar 10 telah pun naik dan harga PG Buy ketika itu adalah RM5617.Wah..harganya sudah naik sebanyak 1% daripada harha asal belian saya!Disebabkan saya adalah  Priority Dealer saya menerima komisen 1.5% semasa membeli dan 0.5% semasa menjual kembali. Hakikatnya keuntungan yang saya perolehi adalah  3% dalam masa kurang 2 bulan!Mari kita perhatikan keuntungannya dalam bentuk  RM pula! Sewaktu membeli saya mendapat komisen RM83.37 + Kenaikan harga belian RM59 + Komisen jual semula RM28.08 maka jumlah keseluruhan keuntungan saya untuk sekeping Dinar 10 adalah RM112.04. Cuba bayangkan itu baru sekeping, kalau saya ada 10 keping, 20 keping Dinar 10, agak agak berapa yea keuntungan saya  dalam masa kurang 2 bulan dan dalam musim emas downtrend ni? Hubungi saya untuk bimbingan lanjut di 012 726 1779(wassap dan viber diterima)

Thursday 26 December 2013

Menambah Pelaburan Emas Di Akhir Tahun

Alhamdulillah..walau dalam keadaan musim sekolah hendak bermula dan pelbagai perbelanjaan yang semakin meningkat, masih ada lagi kawan-kawan yang bijak mengambil kesempatan sementara harga tengah murah ni. Tahniah dari saya kerana kalian masih konsisten dalam menambah simpanan kalian!

Anda bila lagi? Jika berminat, boleh juga membeli dengan cara EPP iaitu ansuran sebanyak 4 kali.
Habis bayar baru akan dapat emas nya.

Belian Dinar 1 : 4 pcs
Harga / Dinar 1 (pada 26.12.13) : RM562/pcs
Total 4 Pcs Dinar 1 : RM2248
Kos Admin : RM11

Bayaran bulanan(selama 4 bulan) RM562/bulan

Jika anda ada bajet sekitar rm560 sebulan, boleh lar mulakan pembelian Emas dengan cara EPP ini.
Atau serendah RM140++ sahaja sebulan untuk sekeping Dinar 1!

Wassap saya untuk keterangan lanjut, insyaAllah saya akan bantu - 012 726 1779